Kebaikan Spirulina
- Menguatkan sistem ketahanan badan
- Menggalakan penghasilan sel darah putih, antibodi dan cytokin untuk menguatkan sistem ketahanan badan terhadap jangkitan dan penyakit
- Mengekalkan kesihatan dan kardiovaskular dan mengurangkan tahap kolesterol
- Dibuktikan secara klinikal dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular dengan mengurangkan tahap LDL ( kolesterol mudarat) serta trigliserida dan meningkatkan tahap HDL (kolesterol baik) .Juga dapat mengurangkan pembentukan plak pada dinding arteri.
- Melancarkan fungsi penghadaman dan kesihatan gastro-usus
- Penyelidikan telah mengesahkan bahawa spirulina dapat menggalakkan penghadaman dan melancarkan pengerakan usus besar. Ia juga dapat menindas mikroorganisma mudarat dan menggalakan penghasilan flora yang berfaedah.
- Melindungi badan daripada masalah kurang darah
- Kandungan zat besi dalam spirulina adalah bio-aktif dan mudah digunakan oleh badan . Sesuai untuk wanita datang haid atau ibu-ibu mengandung yang berisiko tinggi untuk mendapat anemia . Antara simptom-simptom anemia adalah seperti sering keletihan atau kelesuan, wajah yang pucat dan tidak dapat menumpu perhatian.
- Membantu mengawalatur berat badan
- Dengan nutrisi unggul yang bertenaga tinggi serta kalori yang rendah, spirulina amat sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan tanpa mengalami keletihan dan lemah-lesu serta kekurangan nutrien . Spirulina diambil sebelum makan dapat menyekat selera makan dan rasa mengidam yang boleh menyebabkan terlebih makan. Ia juga dapat mengurangkan kesembapan akibat daripada pengumpulam sisa berasid dalam badan.
- Menggalakkan kulit yang sihat berseri
- membantu mengekalkan kulit yang sihat, rambut yang ikal-mayang dan kuku yang kuat serta menyingkirkan toksin yang menyebabkan cela kulit dan masalah kulit lain. Juga dapat melindungi kulit daripada penuaan pramasa.
- Menggalakkan proses detoksifikasi samulajadi pada badan
- kandungan klorofilnya dapat menyingkirkan toksin terkumpul dalam badan dan mengurangkan sakai kepala ,sengal-sengal badan,sakit sendi, nafas dan badan berbau.