Saturday, December 25, 2010

Manfaat Omega 3

  • Meningkatkan Kesihatan Kardiovaskular 
    • Omega 3 menurunkan tahap kolesterol LDL  "memudaratkan" dan trigliserida, iaitu lemak dalam darah, di samping meningkatkan tahap  kolesterol HDL "baik". Ia juga menggalakkan salur-salur darah yang lebih licin, sihat dan elastik, serta membantu mencegah pembentukan  darah beku yang menyumbat salur darah. 
  • Melegakan sakit-sakit sendi 
    • Tindakan-tindakan anti-radang Omega3  membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak, serta melegakan ketidakselesaan  pada  sendi pesakit artritis. Ujian klinikal melaporkan pengurangan masalah kekakuan  pada sebelah pagi ,sendi yang lemah dan bengkak serta rasa penat.
  • Meningkatkan daya tumpuan dan mengurangkan tekanan
    • DHA yang merupakan komponen penting dalam membran sel otak adalah penting untuk kesihatan otak. Ia memudahkan penghantaran utusan kimia antara sel-sel otak untuk  komunikasi yang sempurna. Pemgambilan Omega3 yang kerap bukan sekadar dapat meningkatkan keupayaan pembelajaran, daya ingatan  dan daya tumpuan , malahan ia juga dapat mengurangkan tekanan serta meningkatkan "mood".
  • Meringankan sakit kepala 
    • kajian klinikal telah menunjukkan  bahawa Omega3 dapat membantu  mengawal penghasilan prostaglandin "memudaratkan" yang menyebabkan kesakitan dan inflamasi. Ia juga melancarkan peredaran darah ke otak dengan mengurangkan kelekitan darah .Dengan itu, kekerapan, keterukan dan tempoh kesakitan migrain dapat dikurangkan. Omega3 adalah disyorkan oleh Pertubuhan Sakit Kepala Nasional Amerika (American National Headache Foundation).
  • Menggalakkan kulit yang sihat dan muda 
    • Omega3 adalah penting untuk mengekalkan kelembutan dan keayuan yang mengelilingi setiap sel. Ia juga menggalakkan penghasilan kolagen dan elastin yang lebih kuat dalam dermis untuk membantu mengurangkan kedutan, garis-garis halus dan kulit melendut. 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More